Masjid ialah rumah Allah. Kita sebagai umat Islam digalakkan memakmurkan masjid dengan kerap menziarahi masjid terutama yang tinggal berdekatan dengan masjid. Jika terdengar suara azan memanggil umat Islam menunaikan solat fardu, segeralah kita pergi ke masjid. Jika ada ceramah agama di masjid, kita digalakkan pergi ke masjid untuk bersama-sama mendengar ceramah tersebut. Kita akan mendapat ketenangan semasa berada di dalam masjid. Saya telah melawat masjid yang masih dalam pembinaan tetapi sudah dirasmikan pada hari Jumaat lepas, 25/7/09. Masjid tersebut terletak di kampung Bukit Boom dalam daerah Subis, Miri. Masjid tersebut telah digunakan untuk solat fardu terutama solat Jumaat. Persekitaran masjid sangat luas dan dianggarkan seramai 500 orang jemaah dapat berada di dalam masjid dalam satu masa..
Sunday, July 26, 2009
Rumah Allah
Posted by Mohd Khairi Mohd Ariffin at 12:53 AM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
Ketenangan Jiwa
Jiwa yang tenang berpunca daripada perbuatan individu itu sendiri yang sentiasa mengamalkan budaya islam seperti mendirikan solat, banyakkan amalan sunat, mengaji al-quran, bersedekah, menolong orang susah yang memerlukan bantuan, memaafkan sesorang yang telah melakukan kesilapan, sentiasa mengucapkan kata-kata yang baik dan rajin bertasbih dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. cuba elakkan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan akidah kita seperti minum arak, berpeleseran dan mengamalkan budaya yang tidak sihat. renung-renugkan, selamat beramal.
Posted by Mohd Khairi Mohd Ariffin at 1:07 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)